November dan Disember .

Whoa dah bersarang blog aku ni. Sarang lebah, tebuan, lipas, tikus semua ada. Hamboii, buat habitat sendiri nampak kat blog aku. Shuh shuh, pergi dari sini *hembus kiri kanan* Hihi. Hai semua. Alahai, rindunya aku kat blog nih. Berapa kali nak hapdet, nak hapdet tapi hoo laa cakap "lebat" buat tak juga. Semalam baru Ann ingatkan. Suruh story tentang banjir. tapi sebenar-benarnya banyak lagi cek nak cerita kat hampa semua ni, macam-ii lah. Kalau nak dengar duk sini diam-ii yo ^^


Back to the topic, november dan disember? Apa kaitannya dengan bulan-ii ni? Haa, sabarlah. Ni nak cite ah ni. November? Hm hm, yeah. banyak kenangan bulan ni. Nak tahu apa? Firstly, bulan ni bulan anniversary I wif mr.Ann ;D uhukk *batuk* , summa bulan ini juga merupakan birthday Pwincess Fadhwaa. and the lastly bulan ini merupakan bulan peperiksaan iaitu STPM Penggal 1 . Ada faham? Okey, now kita start story yang pertama dahulu.

November.

17.11.2013
I guess, I'm the happiest person on that day. Hm :') Awak, Happy Anniversary! Alhamdulillah saya seronok sangat dapat kenal awak, dapat jumpa awak. Saya rasa sayalah orang paling bahagia bila dapat mengenali hati awak ;* Aww . Awak baik, awak hormat saya, awak penyayang, awak handsome, awak cute comei xD hee. Tak sangka kan kita kenal dah 1 tahun. Bagi saya lama lettuw. Saya ingat lagi awak bagi mcg kat saya "Sudikah awak menjadi buah hati saya?" err, malu sgt time tu >.< Btw, saya happy sangat dengan awk. Saya suka cari gaduh ken ken? Asyik mawah-ii je, tapi awak steady je layan karenah ngok-ngek-ii saya nih. Itu sebab saya sayang sama kamu maa :* You know, I am just so happy I found a guy like you. Thanks you for staying with me and understanding me, i will never let you go :-) #love #miss #hug #happy .

I LOVE YOU and that will never change,
you will always be in my heart now and forever
 
19.11.2013
Haa, tarikh ni apa pulak? Jeng jeng jeng. Ini merupakan tarikh birthday my sweet little Fadhwaa. Relationship dgn Ann setahun, umur Fadhwaa pun setahun juga. Waa, dah besar anak sedara aunty. tak sangka dah setahun. rasa macam baru keluar pewot mama. Hihi. Haruslah dah satu tahun ni, dah ada gigi, dah pandai jalan, dah pandai main. dan dah pandai jadi budak paling NAKAL. Dia bukan nakal-nakal biasa tapi LUAR BIASA -.- Yang pasti dia semakin comel. Alolo igit pipi dia ;*

Dan Harus dingat 19.11.2013 ini lah merupakan hari pertama aku menjawab exam STPM penggal 1. Mula-mula exam Bahasa Arab, pukul 8. hm hm, berdebar tak payah cakap lah, rasa macam nak terkeluar jantung nih, punya kuat berdenyut. Haa dahsyat tak dahsyat. Tapi aku bnyakkan selawat untuk hilangkan nervous ni. Masuk dewan pukul 7.45 , so sebelum tu baca-ii doa dulu ramai-ii, salam cikgu semua. Huaa, serius aku sangat cuak masa tu. Bila aku cuak macam gitu, mmg aku akan diam, jangan sesekali cakap, atau tanya apa-ii kt kamu kemungkinan akan melenting. Teruknya pewangai -.- Kemudian, bermulalah aku dan rakan yang ambil exam BA menjawab dengan   .................................................................................................... TIDAK TENANGNYA! Kenapa? Yeah, susah yang gila-gila nak mampus. Repeat peat peat peat~ SUSAH GILA-GILA NAK MAMPUS? Ada faham? Hm Hm, lepas habis paper tu terus jumpa ustaz, ustaz pun cakap mmg soalan susah. See? See? Ustaz aku sndiri ckp susah. Hm teruk ah result ;'c Yang pastu aku kena repeat semula tahun depan. Siadakan duit 50 hinggit ;'|

Petang tu pulak, exam Syariah. Hm Hm, ni tenang + tak berapa nak tenang sangat menjawabnya. Aku baca macam banyak tak masuk je. Sebab soalan KBAT banyak bagi. Gila ah. Stress aku. Mana lah aku ni mempunyai pemikiran yang tinggi. hmm pity me :'/ Tapi alhamdulillah lah boleh jawab daripada arab tadi. K -.-

Hari seterusnya pula Rabu, 20.11.2013 . Pengajiam am. Harus diingat! Paper ini merupakan nyawa kami orang semua tapi STPM. Kalau tak lulus, pergi berambuslah. hm hm, okey. Soalan aras tinggi. Sbb kami semua dah tinggi kang. K . tapi alhamdulillah lah. Boleh lah jawab daripada tak boleh langsung. Hihi

Merdeka! Ops, terlupa yang aku ada 1 paper lagi. Iaitu --> SEJARAH . Susah ke idok? Hm hm, nak jawab apa ea? tapi tapi boleh lah, hm hm tapi susah jugak jgk, tapi senang jugak. Haa, keling. Tapi alhamdulillah lah aku dah selesai Sem1. Malas dah nak fikir balik yang yang yang *lap air mata* hmm. K stop

Disember.

Apa yang bestnya? Hujan, ribut, banjir, sejuk, rindu. Yeah, dah biasa, bulan 12 ni mmg bulan hujan, bulan banjir. Tapi banjir kali ni adalah yang terteruk. masyaAllah, tak apa, ujian Allah nak tengok kita sabar atau tidak dengan dugaan yang melanda ini. Rumah aku kt bukit pun kena, apatah lagi yang namanya sungai. Kt rumah lama aku kena, kadang-ii tu aku mengeluh jugak tapi mak berapa kali cakap , kita ni sikit je, tengok org lain lagi teruk, sabar je lah. Hmm. Iye jugak. Org lain lagi teruk, lagi kesian, dgn kekurangan mknnnya. Tapi semalam dan hari ni alhamdulillah cuaca cerah dan dah boleh nampak matahari :') Terima kasih Ya Allah :') Semoga hari-ii yang mendatang lebih cerah. Amin


First time banjir. Hmm tinggi kan?
 
Tahu tak aku tak siap lagi homework pengajian am. Huaa.Sign out xD Papai


 

Thanks Sudi Baca Entry Nie. I Love You

No comments:

Post a Comment