Pilihan Raya dan Demam

Hai babe. Selamat malam dan salam satu Malaysia. Esok Merdeka. Hurayy! Hari ni kat sekolah, besar-besaran sambut merdeka, erm best lah, lakonan student form4 yang kelakar. Erm, malam ni pastinya semua orang sibuk dengan merdeka kan. Ada yang nak pergi padang laa, ada yang nak pergi dataran laa, semata-mata nak sambut ambang merdeka, hujan-hujan pun redah saja lah. kan kan? Haih apa-apa aja lah. Yang penting jgn buat perkara yang bertentangan dgn agama islam :')

Back to the topic. Pilihan raya? Demam? Apa ni? Okey teruskan bacaan anda. Pada hari Rabu 21/8/2013, telah diadakan pilihan raya MPP pra-u di SMKAP. Seramai 25 orang yang masuk bertanding termasuk penulis yang tak cantik jelita ini. Aww :* Hihi, Aku pun tidak tahu menahu ttg perlantikan ini, sedar-sedar aku di calonkan dalam pilihan raya sebagai calon setiausaha, bertanding dengan budak sebelah aku pula tu. hehehe

Sebenarnya masa ni aku demam teruk meyh. Dengan selesema nya, dengan batuk nya. Hamek, 3 in 1 ;) Tapi kuatkan diri juga untuk datang mengundi. Pengundi hanya dalam kalangan guru-ii, pelajar form5 dan pelajar form6 upper n lower. Semasa sesi pengundian, byk perkara yang kami perolehi contohnya dapat merasa pakai dakwat kekal di jari *guna nila je* Seronok! Untuk tahun ni 2 kali dah aku mengundi, pertama di kuliah, dan sekarang di SMKAP. 

Kemudian, pada malam hari pula bermulalah sesi kiraan undi oleh ahli SPR. Kami calon-ii sedang sibuk kemas kantin. Rasa berdebar mula terasa sebenarnya tapi ambil tak kesah saja la. Aku tak rasa pun akan menang. Yelah, siapalah aku yang hanya insan biasa, yang  bukan luar biasa~ Tapi dalam hati ni nak tahu sangat siapa yg menang tapi pengumuman akan di buat pada hari Rabu 28/8/2013. 

Tetapi pada hari Sabtu sebelum tu, beberapa nama telah dipanggil termasuklah aku untuk ke bilik gerakan. Tak tahu sebab apa , adakah aku membuat kesalahan? Tak mungkin sebab aku budak baik -..- lol. Summa, cikgu Des menyatakan tujuan kami kami semua di panggil, rupanya-rupanya kamilah pemenang bagi pilihan raya pra-u minggu lepas. Omg~ 

Terkejut kud. Hmm, sebenarnya aku malas nak jadi MPP ke, pengawas ke sebab aku memang malas tapi....Allah telah memberi amanah ini kepada aku bermakna aku harus terima amanah ini dengan seikhlas hati, maknanya aku mampu melakukakn amanah ini. InsyaAllah :') Bukan senang untuk menjadi seorang yang amanah so aku harap aku dapat jalankan tugas dgn sempurna.

Dengan itu, bermulalah pada saat itu aku mencatat minit mesyuarat untuk kali pertamanya sebagai seorang setiausaha. Actually aku pun tak tahu tugas S/u, main redah je. Tapi alhamdulillah hasil tunjuk ajar dari ustazah dan rakan-ii aku dapat fahami segala tugas seorang setiausaha. Setiausaha ni kena rajin mencatat je setiapa apa yang dibincangkan dalam mesyuarat. Sekarang ni pun aku telah belajar membuat laporan dan kertas kerja. Doakan aku berjaya ;)

28/8/2013 bermulalah watikah perlantikan MPP pra-u. Pagi tu memang aku berdebar tahap cipan lah. Setiap MPP wajib pakai blazer bagi nampak segak sikit, tapi aku berpeluh-peluh walaupun pagi tu cuaca sejuk. Almaklumlah cuak nak naik pentas. Hoho. Mula-ii pengumuman presiden , kemudian naib presiden dan lepas tu setiausaha, haa aku laa tu. Tuhan saja tahu getar di hati ini. Aku tenangkan diri dan berjalan menuju ke pengetua,m dan pengetua memasangkan button MPP di baju ku. 

Tamat sudah acara selepas bacaan ikrar dari kami . Aku berharap aku dapat jalankan tugas ini dengan sebaiknya. Doakan kau semoga berjaya di dunia dan akhirat :') 


MPP PRA-U SMKAP TAHUN 2013 


Thanks Sudi Baca Entry Nie. I Love You

No comments:

Post a Comment