Kemana menghilang? Hihi

Hai blogger sekalian :) oo mai gucci, lamanya tak menyentuh kekasih hati I ni, semestinya rindu serindu rindunya. Hmm, hal ini bukan di sengajakan. Aku sangat busy, busy, busy dan busy :| Perdana menteri pun kalah agaknya. Mesti semua orang tertanya-tanya kemanakah aku menghilang. Aceyy. tak ade lah sebenarnya aku tak pergi mana-mana pun just malas and tak ada idea nak update blog yang sangat comel ni *tgn di dada mata ke atas*

Actually, banyak sangat story aku nak share kat blog nih. Macam-macamlah tapi tak tahu nak mula macam mana? Hmm Hmm Hmm *fikir jap* Cepatla mentol muncul! Huh. okey2 dah ada pun. Now aku nak cerita pasal sekolah. Hmm, awal tahun lalu aku ditawarkan untuk pergi ke Kulliah , dekat je kat Pekan. Excited gilos kud nak pergi sana. Jumpa kawan-kawan lama, baru n pakwe, eh gurau2 je :3 Bersiap-siap lah kemas barang nak pergi Kulliah dan pada 7.1.2013 alhamdulillah aku telah berjaya mendaftarkan diri menjadi pelajar Kuliah Al-lughah Waddin SAB , Pekan. Yeah v^.^v

Then, check in bilik , aku dapat bilik warisan A tapi sayang aku dapat katil atas. Hukhuk ;'c Nasib baik kenal dengan budak katil bawah, lawak juga lah dia tu :3 First aku dtg bilik tu aku jumpa #peaceful jeyha kenal kenal? hotsetah fb nih. Huhu. Dah lama kenal dia taoi dekat fb je laa, luar tak berapa sangat. Kenal2 dgn dia, salam2 dan sampailah sekarang kami jadi kawan. di twitter, facebook, ask.fm n blog nih sekali, huih banyak betol. Hot setah lah katakan. haha xD

Dan dengan itu bermulalah aku berkhidmat sebagai egen 009. lol. Di kulliah macam-macam aku belajar. Aku belajar Balaghah, adab Nusus, nahu sorof, tauhid mantiq akhlak, Quran, Arudh, Feqah, dan macam-macam lagi lah subjek STAM yang penting ada 10. Mula-mula ingatkan senang je mcm sma, sekali belajar -perghh- bukan senang nak dapat MUMTAZ, ulang lagi sekali BUKAN SENANG , aku dah menangis dah yang ke 150juta kali~ sbb dapat 7 rasib. Bayangkan, bayangkan ;'c *amek tisu* 

Actually tak susah pun sebab semua jawapan ada dalam kitab, cuma kena menghafal saja. haa, bab-bab menghafal ni lah yang aku fail. Hmm, yeah tidak dinafikan aku sangat lemah bab menghafal, lampi sikit, sikit je. Hmm ;'c Malas pun kesebabannya juga. hmm, nasib-nasib. Dan pada 3/5/2013 dengan beraninya aku menulis surat berhenti tingkatan 6 tanpa pengetahuan kawan-kawan dan ibu bapaku. Kebetulan 3hb tu time balik kampung, so aku memberanikan diri meminta izin dgn abah untuk berhenti form6 di kulliah.

Semua orang masa tu terkesima -cey ayat- Mata ni dah mula berkaca-kaca menyatakan aku tidak mampu menghafal ;'c tapi abah, hmm abah ;'c mybe abah masih terkezut. Abah suruh teruskan STAM *dgn tegasnya!* Aku ulang semula yang aku tidak mampu dan aku terus berlari ke bilik air dan air mata ini mencurah-curah keluar tanpa diminta ;'c dengan siapa aku mahu mengadu ini? Hmm, aku tak ada mood nak borak-borak dgn sesiapa pada malam itu, hati ini masih terluka. sakit tak terhingga hati ini :3 

Keesokan harinya pula abah mulakan bicara. Abah bagi masa sebelum selasa untuk buat keputusan. Aku konon yakin sangatlah dgn keputusan ni. Hmm, tapi lepas ni aku nak pergi mana lak? -dah tak fikir time tu- Ego sangat aku ni. tiba2 abg cakap aku dapat form6 kat smkap. em, fikir dulu masa tu nak pergi sana or nak tunggu tawaran U. Abg pujuk2 cakap form6 ni bagus! masuklah form6! Err, yeke? yeke?

Masih was-was lagi ni. Kalau u peluang tipis je untuk aku dapat. So tanpa berbuat apa-apa hari rabu 7/5/2013 tu terus aku mendaftarkan diri di smkap ;') Tiba-tiba saja nih, tak terfikir langsung nak amek STPM. err, biar betul aku ni? -..- Kat Smkap mak aku dah warning awal2 lepas ni jangan nak keluar dah, bukan setakat mak, pengetua n mak-mak orang pun warning aku jgn gatal2 nak berhenti. err, k k -..- Dan lepas tu aku terus balik kulliah kemas-kemas barang nak bawak balik. Kawan aku yang lain semua pelik. Hmm, k. I'm sorry friendss. Hmm ;'c aku terpaksa buat semua nih ;'c sayang korang ;'c 

Tinggal 3 hari kat kullliah. Aku rasa sedih sangat nak tinggal kan mereka semua tapi aku terpaksa ;'c Hmm, dan hari Khamis aku telah serahkan surat berhenti stam kepada Ustazah Muna ;'c beliau nasihat macam-macam, iyee ustazah, Fatanah janji tak main-main dah kali ni ;'c janji! Hari tu jgk aku selesaikan hal-hal berkaitan sekolah, serahkan buku teks, jumpa guru kelas Ustaz Marzuk! Hmm, rindu ustaz marzuk ;'c ;* rindu lawak2 dia ;'c Hmm 

Dan hari yang telah tiba. Jumaat. Aku terpaksa tinggalkan semuanya. Hmm, aku harus tinggalkan kawan-kawan aku kerana aku kena pergi..Hmm ;'c Sedih tak payah cakap lah tapi aku kena kuat, aku cuma senyum kat semua kawan-kawan aku ;') Kenangan kita sentiasa ada di ingatan ni ;* Surat-surat tak payah cakap lah mmg banyak dapat, buka beg ni ada surat, buka kocek beg ni ada surat lagi. Main ngorok2 lak, bagi depan2 tak nak. hihi ;*



Pada 13/5/2013 bermulalah kehidupan aku di sekolah baru, asrama baru, bilik baru. Yang pasti nama bilik aku sekarang sama dgn nama bilik kat kulliah dulu, Ah, rindu warisan A ;'c Hmm . Kemas-kemas barang. Mula-mula. hmm, tak biasa lagi ;'c aku tak ada kawan. hmm sedih ;'c aku buat hal sendiri masa tu melayan perasaan ;'c Tuhan saja tahu sunyinya aku masa tu ;'c Aku rindu suasana kulliah yang happening ;'c rindu korang tahu tak! Rindu gile, aku rasa menyesal gile pindah ni!!!! ;'c 

Dah lama duduk sana barulah biasa. Alhamdulillah dapat kenal student form6 yang sangat sporting and gile2 sikit ;D Aku pun sekali gile. Dengan form lain aku tak rapat sangat, biasa2 saja. Kalau dia senyum aku senyum, dia tegur aku tegur jgk ;) Ya Allah bagilah aku kekuatan dan semangat untuk berada di sana, dan menghadapi STPM dengan tenang ;'c Hmm doakan aku taw ;3

Tengok, dalam masa setahun saja aku daftar 2 sekolah. terbaik Fatanah, terbaikk (Y) Hmm, actually aku tetap rindukan Kulliah Demi Allah aku sangat rindukan Kulliah ;'c Hmm, dah lah! Aku tak nak sedih-sedih dah. Aku dah janji yang aku tak nak menangis tahun nih. Hmm ;'c fatanah kuadkan? !! Smile ;) Smile ;) Smile ;) Smile ;) Smile ;) Fatanah awak comel kalau senyum. Hahahahaha ;3 uwelkk ;p

Okey, stop pasal sekolah ni. Sekarang kita fokuskan pasal ehem ehem. Hee hee ;* Ite makin hari makin cayang at dia. Hihihi ;* dia sangat baik ;* ite cayang cangat2 at dia ;* Hmm, tp dalam masa yang sama aku amat merindui dia. hmm ;'c hmm esok aku dah nak balik Kulliah ;'c sedihnya nanti tak dapat luangkan masa dgn dia. Tapi dia pun busy jgk nanti, sbb org tu dah kena sambung study ;) Good Luck awak ;* Belaja ajen-ajen at sana, jgn mengorat pulak nanti saya tarik idung tu taw ;* 

Awak taw tak, bukan awk sorang je suka senyum sorang-sorang, saya ni lagi teruk taw. Tersengih-sengih, terelak-gelak, terjerit-jerit, senyum senyum sorang-sorang bila baca mcg awak ;* awak terlalu special bagi saya ;* Eee, cubit kang ;* I love you soo much ;* You are my all ;* Muahhhhhhh ;* Saya minta maaf sebab tak dapat jaga awak, so saya minta awak tolong jagakan diri awak baik-baik untuk saya. Okey cayang? I love you more #ANN ;* 

Rasanya sampai disini saja kud coretan ku. Dah penuh dan padat ni, kang meletop pula. Hihi. Salam rindu buat semua blogger yang terhormat. Semoga kita berjumpa lagi di lain post. Doakan saya buat yang terbaik untuk STPM 2013/14 ;* muahhhhhhhhhhhh at ANN . Hehe xD 

Sayang awak ANN ;*






Thanks Sudi Baca Entry Nie. I Love You

1 comment:

  1. Salam nk tnye, bleh ke buat Surat berhenti stam klu tk dpt U lagi?

    ReplyDelete