Belajar dan terus belajar lagi

Hai, kembali semula pada hari Jumaat bertarikh 21.12.2012 :) Salam jumaat rakan blogger sekalian. Sudah solat? Sudah makan? Alhamdulillah, semoga dirahmati Allah. Petang yang indah, cerah dan ceria. Apa nak buat? Macam biasa facebook, twitter, blog and youtube. Well, teenager *cengkerit* Hehe

Puas menunggu dari sehari ke sehari akhirnya persoalan telah terjawab. Apakah? Erm erm, alhamdulillah aku dapat sambung belajar kat Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan, bersedia untuk exam STAM tahun 2013. Err, tak tahu nak cakap macam mana perasaan ni, bercampur baur, entah gembira entah sedih. 

Tinggal 2 minggu lagi nak bermaharaja dekat rumah, 7.1.2013 dah start belajar. Kita bukan sedar dengan masa ni, tgk lah pejam celik pejam celik dah habis cuti. Err, sekejapnya masa ni. Hmm, tolonglah. Aku rasa aku masih belum bersedia untuk ambil STAM !


Perlu lari? Ewahh, nak lari mana? Sebenanya aku tak kisah belajar jauh-jauh or kat mana pun. Yang aku risaukan ni pasal STAM. Masalahnya mampu ke aku nak exam STAM tu? Tahun ni semua lain. Surah hafalan lain, lebih panjang dan banyak! Allahuakbar, mcm mana ni? :'(

Satu lagi masalahnya. Kawan-kawan aku ramai yang dapat PLKN. Yang tinggal aku dengan maisarah saja. Err, tak akan lah kami berdua je? Wahh, tak biasa lah. Mesti org akan cakap aku bodoh sebab tanak masuk stam sbb tade kawan. Err, lantak lah! Yang penting aku sangat perlukan gang aku yg dulu -.- 

Belajar. Yeah, kena paksa diri ini untuk belajar juga. Sumpah rasa macam nak nangis. Aku rasa macam tak mampu. itulah aku, kenapa susah sangat nak yakin pada diri Fatanah? Hmm. I don't know why ? :( Macam mana nak buat ni? Macam mana nak yakin kan diri ni? Err -.-

Ikut cakap abah. Okey, dengar cakap abah. Tinggal aku sorang saja yang perlu ambil STAM ni, adik tak ambil aliran agama. Hmm, abah cakap masuk kuliah, masuk kuliah. hmm, rasa macam terpaksa semua ni. Hmm, insyaAllah abah! Usaha itu mmg tangga kejayaan :') 

Ikut cara ustazah Pesah. Oh yeh, aku sangat rindukan ustazah PSI aku iaitu ustazah Pesah. Dan masih ingat kata-kata dia. Usaha! Kalau orang lain boleh buat kita pun boleh buat! Beri tumpuan dalam kelas 200% ! InsyaAllah ustazah, fatanah akan ingat semua kata-kata ustazah. rinduuu :* 

Yakin dengan diri sendiri. Yakin pun kena 200% ! Allahuakbar ^_^ Semua ini rancangan Allah. Semuanya mungkin ada hikmah. Aku dapat surat tu maknanya aku layak untuk ambil STAM, aku mampu untuk ambil STAM ! Adakah ikhlas dari hati yang suci ni ? insyaAllah ikhlas :')

Ambil ikhtibar. Yeh, ambil ikhtibar dari result yang lepas-lepas. Aku tahu result yang dulu semua tak menggembirakan sangat. SMA aku hanya dapat pangkat Jayid saja. Mana tahu STAM nanti Jayyid Jiddan atau mungkin Mumtaz. Kita manusia ni merancang saja kan, Allah menentukan segalanya :)

Tunggu result SPM. Err, mmg rasa berdebar dengan result SPM. Mana tak nya, SPM ini merupakan tiket untuk terus maju di masa hadapan. Kalau tak lulus SPM, tak dapat kerja woo, jgn main-main. Yakin? InsyaAllah aku yakin aku dah buat yang terhabis baik untuk SPM hari tu :')

Aliran apa? Matlamat? Erm, erm, nak ambil apa ea? Hehe, baru sekrang ke nak fikir? Gurau je, dah lama terfikir sebenarnya :) Oke, aku ingat nak ambil aliran Syariah dan kalau boleh dan mampu nak ambil undang-undang lagi tu. Tinggi betul cita-cita aku ni. Muaheheh, doakanlah aku ea. Peace :P

Nak jadi macam abah! Yeah, cita-cita aku nak jadi macam abah tapi bukan jadi hakim maksudnya dalam aliran syariah undang-undang juga laa. *berangan kejap* Ya Allah seronoknya ^_^ Terima abah sebab selalu bagi semangat semanagt kat saya. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik ! :)


Dear ANN doakan saya semoga berjaya di dunia dah akhirat :')


Thanks Sudi Baca Entry Nie. I Love You

2 comments: