Di sebalik tabir SPM 2012

Hai pembaca yang cute mute sekalian, hai hai bye bye *lambai tangan* Oh, hari tu dah janji nak update blog lepas SPM, dan sekarang aku telah menuntut janji itu. Masih sempatkan nak cakap "merdeka! aku budak lepasan spm" Hee. Sepatutnya entry ni dipublish dari minggu lepas lepas lagi tapi almaklumlah primadonna ini tersangatlah busy. Omg, primadona apakah? Wakaka -.- 

Sehari sebelum exam 
Sebenarnya sehari sebelum ni aku tidur rumah kawan aku, well konon nak study group lah dalam seminggu exam tu. Dan2 masa tu rumah dia tak ada air lak, aduhai. So kite orang satu gang ni tak tahu nak merempat kat mana. Telefon mak n abah nak balik sebab tak ada air kat rumah kawan rupanya mak balik kampung dan tak pasal2 dapat ceramah free punya dari mak. Sampai hati mak cakap ite nimenyusahkan org, sob sob :( . Tapi mmg aku telah menyusahkan pun, mak n abah bergegas balik dri samata-mata nak ambil aku kat rumah kawan.

Dalam kereta perjalanan nak balik rumah memang teruklah kena marah. Time ni lah aku buat drama queen lak. Memang menangis tak henti-henti dalam kereta. Abah pujuk baik2 ajak keluar makan kat kedai. Alahai, keras sangat hati ni nak menagis jugak, hamekk kena marah dgn abah pulak. Masa ini lah mengadu dekat kawan. Fatin mcg suruh sabar, mungkin ada hikmahnya. huaaa :( Lepas sampai rumah terus aku duduk dalam bilik mmg tak turun bawah *merajuklah konon* masuk bilik aku bersepahkan buku-buku, konon tak boleh study lah tanpa kawan2 disisi. Eee, mengada kan? Masa ni menangis lagi sampai bengkak2 mata, ANN pun pujuk jgk, lepas tu tertidur. 

Lepas bangun terus solat maghrib then tiba2 rasa bersalah sgt dengan mak n abah. Aku dapat rasakan semua ni ada hikmah. Mungkin Allah suruh aku tinggal dengan family aku masa exam SPM ni sebab meraka yang akan bagi semangat kat aku. Aku bahagia sangat :') Malam tu abah jampikan air, abah belikan kismis, pagi tu mak ucap selamat, aku dapat salam kedua tangan mak n abah, Ya Allah, sungguh inilah hikmahmu itu :') Terima kasih ya Allah :)


5.11.2012 Kertas Bahasa Melayu 
Hari ini 5.11.2012 bermulalah Sijil Pelajaran Malaysia yang dinanti-nantikan. First sekali semestinya paper BM. Ya Allah, pagi tu tuhan saja yang tahu betapa getarnya hati ini sebelum exam bermula. Time tu lah nak muntah lah, sakit perut, muka aku pucat sangat, aku diam saja masa perbarisan sebab aku betul2 takut. Ish, mmg melampau, debaran yang tersangat, adakah itu cinta? lol. Sedihnya, karangan aras tinggi yop, soalan awal2 dah mencabar akalku. Tapi syukur alhamdulillah dah selesai, tawakal sajalah :) 

6.11.2012 Kertas Bahasa Inggeris
Hari kedua alhamdulillah dah okey sikit debaran ini. Tapi time ni idea aku merepeklah juga. Yelah, lidah orang melayu nak di"english"kan so jadi Englayu laa -.- Aku mengaku aku tak pandai sangat English tapi kalau nak merepek cakap english memang aku pandai. ANN suka english, nanti ajar ite ea :* Tapi alhamdulillah aku yakin aku boleh jawab dengan cemerlang gemilang dan terbilang masa tu. lol over ah -.- 

7.11.2012 Sejarah
Hmm, paper ini lah dgn beraninya aku tertinggal slip at beg, cuak sangat dah lah duduk depan, terpaksa keluar dewan dengan gaya muka comel gitu. Oh yehh -.-  Erm, aku ni tak ada lah benci sangat sejarah walaupun selalu juga fail, minat lah juga sikit2 sebab ada sejarah islam, takan kita org islam nak benci sejarah islam kan? Haih. Tapi ye pun bagilah soalan mudah sikit. Ni tak, soalan yang rasanya bukan soalan. Cikgu aku cakap sejarah ni kita goreng aje tapi sayang aku goreng hangus, huaa. Mula2 buka "Oh, cenggini ke soalan sejarah? Diedd -.- Menyesal aku belajar 2 tahun sejarah kalau aku jawab pakai reka guna otak sendiri. Dah tak fikir apa masa ni yang penting jawab kan kan? Err -.- 

8.11.2012 Matematik 
Ini subjek febret semua ni termasuklah primadonna ini. Aww. Tapi aku ada masalah yang sangat kritikal sejak azali lagi sebab aku tak pandai set kan masa untuk paper 1, masa terlalu pantas. Aku pulak duduk depan sekali so lepas tamat je terus dia ambil, mmg tak sempat cek. Sampai hati pengawas lelaki tu. Aku akan ingat sampai bila rampasan yang dia lakukan itu. Oh -.- Erm, paper 2 pulak alhamdulillah aku boleh jawab. Harap-haraplah dapat cemerlang. Amin :')

Cuti selama 10 hari ~

19.11.2012 Pen. Syariah Islamiah 
Untunglah, masa ini aku kena tinggal dekat asrama sebab family ite melancong ke Langkawi. Tak jeles pun lah. Hekk -.- PSI, subjek yang paling2 aku suka, minat, sayang dan cinta. Aww. Alhamdulillah sangat-sangat. Ya Allah, dapatkanlah aku keputusan yang cemerlang A+ dalam subjek PSI. Amin :') Aku betul2 target A paper ni. InsyaAllah kalau ada rezeki :)

Malam kenangan di asrama -20.11.2012 :')

21.11.2012 Sains
Paper sains. Erm, paper ni pun alhamdulillah okey jugak but aku kurang yakin sikit lah. Entahlah kenapa, soalan dia tak ada lah susah sangat. Oh, lupa nak cakap. Sebenarnya masa ni aku terlampau excited nak balik rumah nak tengok baby sebab kakak ipar bersalin. Haha. Tak tenang jawab exam sebab tak sabar sangat nak tgk baby. Melampaunya kan? hahahahaha

Cuti selama 11 hari~ 


3.12.2012 Bahasa Arab 
Bermulalah mood nak study dah semakin kendur. Serius aku study sikit je masa cuti panjang tu. Dan sangat menyesal kerana aku tak dapat jawab karangan BA. Ah, aku pun tak tahu apa yang aku fikir. Lagipun aku tak target sangat paper 1. Aku selalu tinggi dlm kertas 2 tapi tuhan saja tahu, soalan hari tu mmg parah parah parakkk. Buka saja. Oke died -.- Ya Allah, ini subjek yang aku target A sebab result aku sebelum ni memuaskan tapi kenapa exam hari tu susah sgt. rasa macam....nak nangis puas2. hmm 

5.12.2012 Pen. Quran Sunnah 
Ini adalah satu subjek yang dinanti-nantikan dan ini juga subjek target bagi aku. Tapi tapi hmm rasa macam susah sikit lah. rasa macam saya tak berapa okey jawab sebab macam tak ada je dalam target. Acaney ni? Ite study hard sangat sebab nak dapat A+ dalam PQS. Ustazah, mcm susah lah soalan tu. Agak2 gred turun tak? 50 dah A+ . Boleh tak macam tu ? Hmm *amek tisu* 

13 buah buku form5 yang aku akan ingat sampai bila2 :*

6.12.12 Ekonomi Asas
Subjek terakhir *lompat* Soalannya senang ke susah? Haha. alhamdulillah bolehlah. Sebenarnya aku tak study pun, Almaklumlah mood merdeka kan *cengkerit* Beria aku mcg kawan, study tak? study ta? Satu gang cakap tak study kat asrama, aku pun apa lagi bermaharaja lah duduk rumah goyang kaki, lagak seperti orang yang dah habis exam katakan. hahahaha 

Ah, pasti aku akan rindu nak pakai baju purple ini :')


Ini gambar terakhir kami berposing maut di kelas form1 kud. 


Inilah kami. dari kiri- fatin, radhiah, nabila, maisarah, and me :*

I LOVE MY BESTFRIENDS BECAUSE ALLAH :')

Thanks Sudi Baca Entry Nie. I Love You

No comments:

Post a Comment