Hai, apa khabar *tunjuk peace* Harap baik-baik semua hendaknya. Apa ? Demam bola ? Tahu tahu. Yeah, sekarang nie, semua orang sibuk cakap-cakap pasal Euro 2012 kan kan, kat facebook, kat blog, kat paper, kat tv, dan tak lepas peluang juga kat rumah aku nie. Yelah, 4 tahun sekali jeh kan.
Habis tuh, SPM nie sekali jeh dalam hidup kenapa tak risau ? Bila Euro yang empat tahun sekali nie, sanggup berjaga malam sampai pukul 4pagi, sampai tak tutup tv, tak tutup lampu, tak tutup kipas sampai ke pagi esok *ditujukan kepada adik* Bila exam, tak nak pulak berjaga macam nie, tidur tak ingat dunia *ditujukan khas buat fatanah* Hihi ;D
Oke, back to the topic. Sepatutnya hari jumaat lepas ambil result mid year. Semua mak ayah kena datang ambil result anak. Tapi aku tak cakap pun sebab aku takut. Hmm, kalau aku dapat 9A+ dah lama aku cakap kat family aku, kalau satu family nak turut serta ambil result aku pun aku tak kisah tapi masalah nya result aku teruk sangat.
Hari sebelum ambil result tuh, cikgu suruh cek dulu maklumat-maklumat dalam tuh dan aku terkejut beruk lah katakan tengok result tuh, tuhan jeh yang tahu hati nie. Huuu, aku menangis tengok result yang seperti mawar merah tuh *amek tisu* Entah lah, result awal hari tu okey jeh, time mid year nie teruk pulak, SPM nie tinggal berapa bulan jew lagi, lepas raya nie percubaan pula. Macam mana nie ? Aku betul-betul tak ada masa dah nak study. Omaigod --'
Aku nie depan jew nampak happy-go-lucky tapi dalam hati ada taman. Yelah, semua orang ada perasaan, termasuk aku, perasaan aku yang sukar untuk ditafsirkan. Aku nie banyak juga bersedih tapi diam-diamlah. Kalau sedih depan orang bukan orang bersimpati pun, malah mencaci dan mencela adalah. Yeah, kawan ketawa memang ramai tapi kawan menangis TIADA. Tolong aku, aku nak berjaya. Ada sesiapa boleh bagi aku semangat untuk semua nie ? Aku perlukan sokongan dari orang yang aku sayang :'/
Sometimes tears can express feelings easier than words













No comments:
Post a Comment