Dari hari sabtu lepas hingga hari nie, penat tak habis-habis lagi. Tuh laa, konon berjogging tapi tak sangka jadi aktiviti lain yang lebih mengganas, panjat bukit, masuk hutan, redah semak samun sampai luka-luka kaki melecet. Tak boleh nak salahkan orang lain kalau sakit nie, sebab diri sendiri yang cari pasalkan, so tanggung sendirilah kan ? Heehee, tak apa lah, yang penting banyak faedahnya. Boleh relieve tension, boleh kuruskan badan, boleh tanangkan fikiran, dapat eratkan hubungan silaturrahim, pupuk semangat kerjasama, dapat mengisi masa lapang yang terbuang, dan macam-macam lagi lah. Tengok tengok, banyak kan nilai-nilai murni yang kita perolehi, alhamdulillah :) InsyaAllah, kalau ada masa, ingat nak join lagi aktiviti jogging + jungle trekking nie, tunggu habis exam dulu. Mudah mudahan lah, kalau dipanjangkan umur :)
Muka budak umur 17 tahun :) Agak-agak, dah matured tak muka budak gemuk nie ? --'
Sekarang nie kat sekolah, tengah buzy dengan PLBS dan ULBS. PLBS bahasa arab dah selesai kat sekolah tadi, baca teks tanpa baris, soalan pemahaman dan *hiwar* perbualan dengan ustazah. Syukur sangat sebab dapat tajuk senang hiwar *al-a'yad fi malazia* dalam bahasa melayu *perayaan di malaysia* Banyak tajuk lain tapi tak study pun, tekan kan tajuk nie jeh dan kebetulan dapat tajuk nie jugak, alhamdulillah dah selesai. PLBS PQS tinggal hafazan dan ulang hadis, tilawah dah siap alhamdulillah. ULBS BI belum start lagi, lepas exam pra stam. ULBS Bm pulak alhamdulillah dah selesai jugak.
Oral Bm nie secara mengejut dan main sebut jeh nama siapa-siapa dan tahu jew lah nama *Fatanah* nie femes sangat *tgn di dada mata ke atas* Cikgu panggil terus nama aku. Haa, mulalah tergagap-gagap. Cikgu cakap, cerita jeh pasal apa-apakan. So apa lagi, aku redah kasi pecah lah, ikutlah nak cerita pasal apa kan, aku amik cerita pasal novel *Lafazkan Kalimah Cintamu* . Haih, gatal sangat nak cerita pasal novel, orang lain tak ada nak cerita pasal novel, fatanah sibuk nak cerita pasal novel, padahal banyak lagi cerita lain, menyesal, merepek sangat rasanya *Huaaaa, cikgu oke tak markah oral sayaaaaaaaa ? Sayaa nak buat balik lahh, menyesaaal :'O* Oh, orang tak nak dah buat oral-oral, tak suka, nama mesti bertuah sangat dapat dulu ;(
Gembira sangat dapat cakap dengan Mak dia :)













No comments:
Post a Comment