Sebaris Doa Harapan ♥



Dengan melihat sinar mata seseorang, kita boleh mengetahui isi hatinya, Mulut boleh berdusta tapi pancaran mata seseorang akan menyatakan yang sebenarnya ♥

Hai Friday. ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ masih diberi peluang untuk terus hirup udara segar di muka bumi Allah ini. Perasaan sedih ini masih menyelubungi diri. Masih terngiang-ngiang dalam ingatan tentang kesakitan yang melanda. Perasan ini terus terusan menghantuiku sekali gus mengganggu fizikal dan mentalku. 

Semalam, hari anugerah kecemerlangan. Tahniah kepada semua yang berjaya. Aku tumpang gembira sekali dengan kejayaan itu. Tetapi, dalam masa yang sama juga, aku sedih sebab tidak dapat turut serta naik pentas. Hati siapa yang tak sayu bila tengok kejayaan orang lain di atas sana sedangkan aku dari bawah hanya pandang tanpa kata. 

Dan semalam juga, ada orang bertanya "Tak dapat apa-apa anugerah ke?" Huu, pertanyaan yang agak rumit juga nak dijawab. Malu dengan soalan tu. Yeah, ayat yang sangat sensitif bagi aku. Aku hanya jawab "Tak" dan terus berlari masuk toilet. Dan tahu aku buat apa kan ? Macam biasa, menangis tak berlagu --' 

Aku selalu cuba untuk terus bangun. Bangun dari angan-angan kosong yang sentiasa menguasai diri. Bangun dari terus tidur yang berpanjangan. Terus bangkit dan berlari hingga ke menara tanpa menoleh ke belakang, tanpa menghiraukan orang yang berkata, terus berlari dan berlari. الله أَكْبَر , mampukah aku ?


Kadang-kadang, aku terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan hidup ini, terasa amat payah sekali. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Satu yang perlu aku ada, keyakinan diri. Yeah, keyakinan diri aku masih 50-50 --' 


Pagi tadi, ada syafawi dan aku dapat rasakan bacaan aku teruk sangat. Memang aku suka main-main.Terus terang, aku tak minat menghafal tapi aku minat subjek2 agama contohnya Ba, Psi, Pqs tapi bab2 kitab 'hadis, feqah, tauhid, nahu dan macam-macam lagi memang tak sebati. Macam mana aku nak ambil STAM kalau result SMA pun dapat berapa dan exam midyear last week pon tak cukup makan. So ? 


Aku bukan tak nak ambil STAM lepasan SPM nanti tapi aku rasa aku tak mampu. Aku terus terang, aku FAIL dalam bab menghafal. Malas sebabnya dan tak berminat sebabnya juga. Orang kata aku tere~ sangat menghafal tapi sebenarnya tak. Terbelit-belit lidah --'


Yeah, dgn itu aku cuba untuk buat yang terbaik SPM kali ini. Aku nekat ! Tapi dalam masa yang sama, aku nak orang yang aku sayang, sentiasa bagi sokongan kpd aku, sentiasa berdiri disamping aku dan sentiasa memberi aku semangat untuk terus berjaya hingga ke menara gading. 


Ya Allah, semoga semangatku pulih seperti sedia kala. Semoga semangat juang aku kembali segar. Semoga jiwa aku kembali kental. Agar jiwa aku kembali bersemarak. Seolah seseorang  yang baru menghabiskan segelas air sejuk selepas dahaga yang amat sangat. انشـــــاء الله‬ .


Robbi Zidni 'Ilman Naa Fi'a  "Ya Allah, berikanlah aku ilmu yang bermanfaat"  

Thanks Sudi Baca Entry Nie. I Love You

No comments:

Post a Comment