Belum habis lagi

Hai hai hai *lambai tangan* Okey okey, sudah lah tu tepuk2 tangan, I tahu i femes emes, awww. Hihi. Apa khabar pembaca yang disayangi sekalian? Harap sangat semua berada dalam keadaan sihat walafiat. Amin. Alhamdulillah, semakin hari semakin sihat aku ni, cuma tangan ni kena allergic, biasalah tgn baby ni mmg sensitif #lol -,-

Nak tahu something tak? Tak nak? K blah sekarang, aku nak bagi tahu org yang nak dengar je. hihi. Sebenarnya aku dah tersangat bosan nak ambil exam ni. Hari tu cuti sampai seminggu lebih, aku ingat aku dah habis exam, rupanya ada 3 paper lagi. Ya Allah, apa benda pun aku tak study. Mmg mood malas menguasai diri. Kuang aja punya malas. Rrr -,- 

Semalam, semalam an exam bahasa arab. Haa, aku target A bahasa arab tapi soalan semalam macam krek krek, susah lah susah lah! Menteri pelajaran malaysia oi, buatlah soalan kacang-kacang rebus je spm ni, dah last dah ni, adoi. Kalau BA aku teruk, aku nak cari sampai lubang cacing pembuat soalan tu. Tak kira, tunggu kedatangan aku ! ha ha ha *evil laugh* 

Hari ni tak ada paper tapi ada kelas quran sunnah. Ni satu lagi paper yang dinanti-nantikan. Ya Allah, harap2 sangat senang. Ya Allah, permudahkanlah aku untuk manjawab peperiksaan quran sunnah esok :') Aku nak A, nak A ! Dan kalau credit pun dah okey sangat dah, aku dah bersyukur sgt kalau lulus. Semua orang inginkan yang terbaik, aku un, aku nak buat yang terbaik ntok ustazah fairuz <3

Apa yang aku fikirkan sekarang ni ialah nak habis exam ! Err, sabar fatanah, 2 paper lagi. Alaa, sekejap je tu, kan kan kan? Esok PQS, khamis Ekonomi Asas. Yeahhh! Boleh jalan-jalan #ANN nasihat suruh sabar. Dia cakap lepas spm dia kena jaga sukan paralimpiad, pastu dia nak dating nan ite. Okey sayang, ite setia tunggu awak, kiss cket, muahh :* 
Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Allah turunkan petir dan kilat, manusia mencari-cari dimanakah matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita PELANG

Thanks Sudi Baca Entry Nie. I Love You

No comments:

Post a Comment