Oh, hari-hariku..

Hai, awak yang di situ, di sana, di sini, apa khabar? Alahai, lama sungguh tuan puteri tidak meng"update" blog idaman hati ini. Almaklumlah, sibuk sangat dengan persiapan SPM. Oh, yeke? Ish, yelah. Macam-macam hal nak buat. Itulah study last minit. Ada orang kesah? --'

Hmm, aku rasa macam tak bersedia lagi. Tak tahu lah, spm tinggal 11 hari lagi, 11 hari lagi oi. Tapi cara aku macam exam tinggal 111 hari lagi. Huh, terserlah ke"stupid"kan aku disitu. Hmm, boleh tak nak lari? Tamau ambil exam yang buat aku susah tidur malam ni? :{

Hari ni kan cuti, so kalau cuti jangan harap lah aku nak berdating dengan buku-buku sekolah ni, semestinya aku akan curang bersama facebook, blog dan twitter. Tak kesah lah kalau orang nak cakap aku playgirl or what. Asalkan aku bahagia, tak menangis sakit hati macam sebelum ni --'

Back to the topic, aku rasa aku betul2 cuak gila nak mampus. Macam manalah agaknya SPM ni. Aku selalu buad dono dono, sekarang baru rasa menyesal. Eh, sempat lagi aku nak menyesal dalam masa 11 hari ni? Hari jumaat ni raya, balik kampung, takan aku nak tinggal rumah sorang2. Impossible babe! Aku ni penakut.

Apa-apa je lah. Tapi aku nak korang semua tahu, aku gelak bukan bermaksud aku dah merdeka, tapi sebab aku nak hilangkan rasa gemuruh aku. Aku nak buat yang terbaik habis habisan. kalau result aku baik dan membanggakan aku nak ambil Syariah!

Undang-undang syariah? Aku selalu berangan aku jadi seorang peguam yang berwibawa, berani dan yakin pada diri sendiri! Eh, aku betul2 nak jadi peguam. Aku nak jadi macam abah aku! Tak kisah org nak cakap aku apa, ini impian aku! nak capai cita-cita! InsyaAllah :')

Abah aku baru naik pangkat, alhamdulillah. Nanti kalau aku jadi peguam, nak naik pangkat juga. Omg, ni dah lebih dah berangan nya. Haha. K, ni target aku lepas SPM, aku nak masuk STAM kat kuliah pekan kemudian, kalau dapat Mumtaz or JJ aku nak masuk U then ambil aliran Syariah undang-undang. Abah doakan deknah :')

Awak, doakan saya ea semoga sentiasa tabah hadapi dugaan hidup ni. IMY :') 

Thanks Sudi Baca Entry Nie. I Love You

No comments:

Post a Comment