Ramadan is a month of Allah

Bermula hari nie semua umat islam di seluruh pelusuk dunia menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk merasai bulan ramadhan yang penuh barakah nie. Yeah. kerja aku pun dah habis selesai, sekarang dah tiada hutang dengan cikgu, dah beres hari jumaat lepas (:

Amacam hari pertama puasa, penat ? Harhar, biasa lah. Tak baik mengeluh tau, ini ibadah, wajib kita tunaikan. Aku ? Erm, lapar jugak lah, tapi sebab dah biasa puasa sebelum nie, rasa macam biasa jeh kud, lapar penat siket tuh kira okey lah, tak lah sampai pengsan. Hihihi ;D

Tapi dulu pernah jeh pengsan time tengah jalan-jalan kat bazar. Yelah, bazar panjang, kaki nie mestilah nak terus berjalan ke depan, mata pulak sibuk tengok makanan kiri kanan, dah sampai tengah jalan tiba-tiba je mata jadi gelap, alamat tak baik lah, akhirnya duduk tepi jalan jeh tunggu org beli mknn ;D

Seronok sebenarnya berpuasa nie. Berpuasa mengajar kita bersabar. Bersabar dalam pelbagai perkara, dapat mengawal nafsu dan lagi satu dapat mengurangkan berat badan. Kalau nak tahu, berpuasa nie adalah diet yang paling baik, bukan baik jeh, TERBAIK lah. Hihi xD

Pernah tak ponteng puasa ? Jangan cakap tak pernah lah. Yang lama-lama duduk dalam bilik air tuh buat apa. Harhar. Ala, jgn risau. Aku pun pernah, tapi masa kecik-kecik dululah, tak matured lagi kan. Masa tuh dah petang dan tekak rasa betul-betul kering, nak mandi waktu petang tuh lah ambil kesempatan minum air paip. Eee, pengotor jugak aku nie dulu. Harhar xD

Aku start puasa masa darjah 1. Kemudian mcm biasa aku pergi sekolah. Tapi aku ingat lagi, aku pernah marah budak india yang makan depan aku. Cakap jelah jeles kan, sibuk nak marah org. Hihi. Lepas jeh balik sekolah, buat muka seposen, sambil pegang perut cakap makkkkk. Mak mcm faham n  kasi lah lampu hijau. hihi, dah batal puasa aku makan nasi kuah kicap xD

Haa, begitulah pengalaman yang aku pernah rasai semasa puasa. Tapi tuh semua kenangan dulu yang masih tersimpan dalam ingatan nie. Bila teringat balik, tergelak sorang-sorang, tersengeh pun ada kadang-kadang tuh. Haa sudah, tak betul dah tuh xD

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa (: 


Thanks Sudi Baca Entry Nie. I Love You

No comments:

Post a Comment