Tired. Tension. Terrified. Itulah makna disebalik 3T . Begitulah situasi aku sekarang, penat, tertekan dan ketakutan. Sepanjang minggu ni adalah ibarat berperang di bulan puasa. Penat yang sangat-sangat rasa. Sampai dalam kelas pun tersengguk-sengguk macam orang faham *sangat* lah. Homework pulak banyak dah macam tinggi gunung kinabalu, tapi otw jeh buat homework mesti tertidur atas buku, tak pun, buku atas aku.
Bulan puasa nie memang cabaran yang paling besarlah. Siang penat pergi sekolah. Walaupun hanya duduk dalam kelas tapi tetap rasa penat dan mengantuk. Tambah pulak sekarang sibuk nak buat kelas malam. Minggu nie 2 hari berturut-turut kelas malam dijalankan.
Malam isnin kelas Ea, selasa pulak kelas Math. Kelas start pukul 9.00 tapi datang awal, lepas buka puasa terus pergi sebab parents aku nak solat tarawih, habis pukul 11, tapi sampai rumah selalu nak dekat pukul 12, tak sempat nak buat apa2 terus tidur.
Sekarang nie aku memang kuat tidur. Kadang-kedang, lepas puasa, masuk bilik, terus terlelap, pastu terjaga pukul 2, 3 pagi pastu tidur balik. Sahur pulak, aku tak pernah lepas, lepas sahur, masuk bilik, terlelap jugak, pastu 5.30 mandi2, lepas mandi terlelap lagi, Lepas tuh pukul 6.00 solat subuh dulu, kemudian lepas solat terlelap lagi sampai pukul 6.15, aku bersiap pakai baju sekolah, 6.30 bertolak pergi sekolah. Perbarisan start pukul 7.15, aku sampai sekolah pukul 6.50, sempat terlelap jugak kat dalam kalas. Kemudian, kelas start pukul 7.45, masih menguap-nguap macam kucing kurap. Punya teruknya aku sekarang, aku pu tak tahu kenapa jadi macam nie. Huaaaaaaa --'
Tapi hari tuh mak pernah cakap "deknah, masuk asrama je lah, senang siket" Aku ? Err, diam seribu bahasa. Naik bilik terus menangis. Dah berapa kali aku cakap, aku memang tak nak masuk asrama yang macam wat de frog tuh. Tujuan aku pindah sekolah nie sebenarnya nak duduk luar lah sebab memang aku lagi tension duduk asrama kt Pekan dulu. Cukuplah rasanya 2 tahun aku stay asrama dulu.
Kalau hostel kat sekolah aku tuh macam kat sekolah asrama penuh tak apa jugak, nie macam, entahlah, menakutkan, aku selalu pikir 100 kali kalau nak masuk asrama, dengan kotornya. Lagi satu, peraturan kat asrama memang ketat gila. FYI, aku paling tak tahan hidup dalam disiplin yang terlampau, aku ta suka orang atur hidup aku, aku tak suka orang sibuk hal aku, halang aku buat itu ini.
Lagi satu, aku takut. Trial SPM tinggal berapa minggu je lagi, lepas raya nie terus jeh trial. Sedihnya tak dapat raya over2, Err, perlu ke raya ? Perlulah, hari raya ialah hari org bergembira. Tak apalah, untuk tahun nie saja, aku perlu korbankan semuanya. Relax fatanah, lepas SPM boleh buat apa saja yang anda suka. Ya lettuw, aku masih tanggungan mak ayah tahu, tak boleh bebas sangat. Haha xD
Oh, kejap. Dah check PLKN siri 10/2013 ? HAHA, aku tak check pun, org yang tolong menge'check'kan. Aku balik sekolah terus tak ingat dunia, tiba-tiba petang tuh ada orang mintak IC, pehal lah kacau org tidur, aku tak balas pun. Lepas tuh, call orang pulak, haih, nak jugak mintak ic, bagi jeh lah. Dia check2. Jeng jeng jeng
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MAAF, ANDA TIDAK LAYAK MENYERTAI PLKN SIRI 10/2013 !
Huaa, awakkkk. Saya penatlaaaaaaa :'(













No comments:
Post a Comment