Sweet Seventeen ♥

Hai, wazzup wazzup. Yaeh, akhirnya dapat jugak update blog yang handsome ni hari ni. Almaklumlah, buzy betul sekarang nie, kalah perdana menteri kud. Buat kerja tuh, kerja nie. Cey, sebenarnya tak ada lah buzy sangat. Banyak jew masa ni tapi mood tak ada nak update. Ilham tak datang-datang. Yelah, bila mood hilang, kerja semua tak menjadikan. Haa, sekarang baru ada idea, tiba-tiba rindu yang membara sangat kat blog nie. Kiss siket *muahh* Nak lagi ? Hamboi, lebih nampak, ni makan dia *pang* harhar ;D

Taraaa, makan besar time birthday gua. Cop, bukan time birthday, nie dah 14 hari bulan T_T

Alhamdulillah, genap sudah umur aku 17 tahun hari rabu lepas. Yeah, dah besar aku rupanya, ingat 7 tahun lagi rupanya dah 17. Ya Allah, cepatnya masa nie berlalukan. Hmm, sedih sebab aku dah makin tua. Sedih sebab tak dapat dengar suara dia jadi orang pertama wish kat aku. Sedih sebab tahun nie tak dapat hadiah, sedih sebab family lambat celebrate bufday aku. Sedih sebab ramai orang lupa bufday aku, family aku lupa, kawan sebelah aku pun lupa jugak, kawan sebelah buat dono jeh, geramnya, k faing, orang nangis macam anak hilang mak tahu, Hukhuk *amek tisu* . 

Tapi tak apa, dekat facebook ramai orang wish. Sejuk sikit hati nie dengar ucapan dari kawan2 hayalan aku tuh. Kawan kawan sekolah rendah dulu pun wish jugak. Oh, rindu pulak zaman darjah enam dulu. Masa tuh, gelaran budak baru nak *UP* harhar. Seronoknya, time tuh tak ada perasaan sangat, *blur* so tak kisah sangat orang tak wish ke, apa ke, tapi sekarang, perasaan nih mengada-ngada sangatlah pulak. Hmm, tak sangka makin besar makin cengeng macam nih, pergi sekolah dengan mata bengkak. Bila kawan tanya mulalah tergagap-gagap nak jawab. Ayat cover aku *Hee, tak cukup tidur, tidur lewat malam tadi, study hard sangat* Horhor, yelah sangatkan. Huu ~ K k, tak payah nak jadi budak kecik sangat lah, orang tak wish siket, merajuk tak nak keluar bilik. tapi aku buat. Harhar. Lawak ~


Syukur alhamdulillah kerana masih diberikan nyawa untuk terus hidup di muka bumi Allah ini. Ya Allah, ampun kan dosa aku, semakin tahun, umurku semakin meningkat. Bertambah Saja Usia Kita Bererti Kita semakin dekat Menghampiri Alam Barzah. Setiap tahun apabila sampai sahaja hari lahir, kita menyambutnya tanda kesyukuran kerana masih dipanjangkan usia, dibuatlah juadah atau jamuan untuk meraikan dan datanglah ucapan-ucapan tahniah dari suami atau isteri, anak-anak dan rakan-rakan, biasanya diucap ‘selamat’ itu sebenarnya ‘bertambah kurang’. Ya Allah :'(

Disebabkan tak ada orang nak bagi ucapan istimewa untuk aku, aku buat sendiri jeh lah ea. Sebelum tuh, dengar lagu kat bawah nih dulunya, sebagai penghibur hati. tajuk lagu ni pun salah satu harapan aku :')


HAPPY BIRTHDAY TO ME ♥
Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik dan berterusan ♥
Semoga dikurniakan umur yang bermanfaat  ♥
Semoga dikurniakan iman yang sempurna dan akhlak yang terpuji ♥
Semoga Fatanah bahagia dengan orang yang tersayang  ♥
Semoga Fatanah ceria selalu di hari-hari yang mendatang. InsyaAllah  ♥


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa dan aku lupa makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu. Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku selalu  merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih. Sedih kalau-kalau tidak sempat sambut hari lahir pada tahun hadapan :'( 
Hari lahir merupakan hari yang teristimewa bagi setiap orang 



Thanks Sudi Baca Entry Nie. I Love You

No comments:

Post a Comment