Selamat Sejahtera dan Selamat Petang semua. Apa khabar ? Sihat ? Harap semua sihat disamping orang yang tersayang, *blingbling* . Maaflah, baru dapat update petang nih, hari lain buzy sangat jaga anak *horhor* . Mood aku pun sangat baik lepas balik dari kem
Fuyoo, 6 Hari, 5 malam, memang berbaloi. Tak payah nak banyakII tanya, memang penat yang amat gila nak mampos, muka aku fire burning, negro mari maa, pinggang aku dah krekrek, perut aku krukruk, kaki aku skru mmg dah lama terpelanting time kawad kat sana, and last sekali, otak aku putus FIUS *blur* . Tapi Alhamdulillah, masuk hari Ahad nie, sengalII tuh dah hilang, mungkin terlampau banyak sangat makan ubat kuat *harharhar*
Hari Sabtu
- Oke, hari sabtu adalah hari pertama aku berada di PPAD, check in hotel 5 honeystar tuh dalam pukul 4.30, kemuadian pilihII katil yang first classlah kan *ceyy* . Kemudian aku tunggu kawanII aku sampai, lambat betul dye orang datang. Ouh, Sekejap, sebenarnya aku yang lambat, dye orang semua kena tunggu aku *harhar*. Lepas dah siap, kite orang semua berkumpul jumpa ustaz Fathi, bincang lah sohsehsohseh. Nak tahu ? Aku dilantik jadi penolong pulakk sebab aku senoir. Banggalah sekejapkan *tgn di dada mata ke atas* . Oke, lepas habis perbincangan tuh, kite orang mintak kebenaran rondaII KP, ustaz pun izinkan, so kite orang apa lagi, melompat keluar. K, mesti korang fikir negatif nih. Aku bukanlah kuno sangat tak pernah kuar banda tapi excited jeh sebab dapat keluar nan kawan *alasan* Harhar.
Hari Ahad
- Keesokan paginya. Yeahh, bermulalah latihah ala-ala tentera darat. MulaII tuh senaman ringan dulu, lenggok kiri, lenggok kanan, siap buat taici lagi. nie semua budak sekolah sungai soi yang ajar, aku maen hentam aja lah, kang tak buat nih makan dye *tunjuk penyepak* hoho. Pastu kite orang berpecah mengikut kemahiran masingII. Aku masuk MK *memadam kebakaran* yang lain PC *pertolongan cemas* dan penyelamat. Disebabkan aktiviti MK nih lasak, so kite orang kena buat aktiviti kat luar. Punyalah lama rondaII kuantan cari padang. MulaII pergi padang MPK 3 tapi ada orang main ragbi pulakk, kemudian pergi taman gelora, baru aman. tapi masyaAllah ramainya orang, malu kud orang tengok. Orang ingat ada kebakaran, rupanya mainII jeh. Tape, belajarkan ? Korang jadi penonton cukuplah. Harhar. Sumpah, aku seronok sangat3 ! Kemudian, lepas dah siap semua, kite orang balik. Petang pulakk aktiviti kite orang kawad kaki pulakk. haih, nih aku lemah nih kawadII. Memang aku dari dulu lagi anti kawad. Apalah masalah kawad kaki nih ada. Perlu ke aku berkawad ? Hampeh tahu. Nasib baik anak buah aku pun hampeh jugak, so samaII hampeh lah nih. *Harharhar*
Hari Isnin
- Hari Isnin pulakk, kite orang mula aktiviti dengan kawad dulu kemudian petang baru aktiviti kemahiran. Yang kemahiran tuh sama seperti di atas cuma berubah tempat jeh, kite buat kat padang MPK 3 . Dua kali buat latihan, yang nih guna api betul. Memang seronok habis. *selok* Biarlah kan kan kan ? Harharhar
Hari Selasa
- Oke, hari selasa paling syok sekali. Hari nih lah aku dapat rehat secukupnya *cukup ke ?* Dah tade aktiviti beratII, kite orang just kena kemasII bilik n barang untuk pergi ke Kem Kokurikulum Kg pandan. Lepas dah siap kemas semua, barulah bertolak ke kem tuh dalam pukul 12 gtuh lah. Kemudian, diriakn khemah. Alahai, nak tahu tak, lama gila nak pasang khemah. Almaklumlah, dah lama tak pasangkan, tak ingat dah caraII nya, so terpaksalah koperal Ali tolong pasangkan, Terima Kasih Encik Ali Baba. *Harharhar* Klipklipklip, dah malam rupanya. Aku n kawanII aku pun bersiaplah nak mandi *mandi ke ?* nak solat *solat ke ?* Ouh, lupa, I'm ABCDEFG . *Harharhar* Lepas dah selesai, kite orang semua berkumpul di dataran pahlawan. Entah hape yang dibincangkan, aku timeII pukul 10 ke atas nih mata ni mmg suka main klipklip, tak fokus langsung apa yang pakcik depan tuh cakap. Jahat tak ? *Harharhar* rasakan ;D
Hari Rabu
- Jengjengjeng . Bermulanya pertandingan. Mak aii, berdebar habis jantung aku nih. Aku mmg dah habis bersungguh-sungguh dah nih tapi sebelum acara tuh bermula sempat aku menangis. Sebab apa sebab apa ? Haha, k, sebenarnya aku terasa gila nan kawan aku si mai and mas. Oke, begini ceritanya. Sebenarnya kite orang tak cukup ahli dalam MK nih, salah seorang dari kite orang sakit pulakk. So, terpaksalah cari penggantikan. Dia orang dok membebel nak tarik diri atau cari pengganti. Tapi nak tarik diri sayang pulakk. Nak cari pengganti, dia orang tak cari2 . So, Akulah tolong carikan, alhamdulillah akhirnya jumpa jugak. Aku dah ajar semua, dan alhamdulillah dia faham. Tapi saket sangat hati nih bila kawan sendiri tak setuju pulakk, risau takut dia tak boleh buat. Tapi aku yakin dia boleh buat, sebagai kawan, berilah keyakinan siketkan kat kawan sendiri ? Aku dah cari susah2, dye orang boleh perli aku kuatII pulakk depan orang ramai. Aku pun malas nak bergaduh, terus blah dan menangis masa berjalan pergi padang, kisah hape orang pandangkan. Dah aku tengah marah, menangis jeh lah aku pandai, kang bertumbuk, jatuh maruah aku lak *ceyy* Dan aku pun tak pandai nak merajuk lamaII, tegur jeh laa macam biasakan walaupun hati nih Tuhan saja yang tahu, mmg aku nak lari dari kem tuh lepas kawan2 aku buat macam tuh. Ettie je yang bagi semangat siket kat aku. Thanx Ettie, I Love You ♥ Tapi tape, aku dah lupakan semuanya, Anggaplah pergaduhan tuh gurauan semata-matakan ? :)
Hari Khamis
- Hari yang dinanti-nantikan, Hurayyy. Balik balik balik . itulah yang bermain di fikiran aku. Aku rindukan semuanya. Blog terutama sekali *bangga lettuw* Aku kemas barang mmg excited betul. Lepas dah kemas, kena pergi dataran pahlawan tuh pulakk. Haih, nak raptai laa , itulah inilah, tengah2 panas pulakk tuh. Ramai gila orang pengsan time tuh. Kesian pulakk tengok. Aku duduk belakang tak kesah pun, nak duduk, nak minum air, selamberr rock je sebab org depan tak nampak kan tapi koperal2 nih jalan2 lak, nyampah betul, suka sangat skodeng orang. Harharhar. Lepas dah selesai bagi taklimat, acara sampaikan hadiah pulakk. K, kesian kesian kesian, daerah kuantan dapat nom3 , tahu sapa menang ? K, Temerloh ikan patin yang kampung tuh. Err, berlagak macam hape. Benci cemburu menyampah 3 in 1 . Dah menang, selok lah kan kutuk daerah kuantan. K fainnnnnnnnnn, rasa macam nak fire sorang2 *_* Oke, lepas habis semua, apa lagi blah lah kan dari kem tuh. Tade masa nak duduk lama2 kem tuh. Makin lama duduk kem tuh, maken sembelitlah jawabnya, Harhar.
Ouh, oke lah. Tak sedar yang entry nih dah panjang. *Cikgu Bm, agak2 berapa markah saya dapat kalau buat karangan panjang nih? * 100 markah. Tambah lagi 10 markah sebab tulisan comel macam tuannya. Harhar, oke lah. sampai disini saja ea, Kita jumpa di lain post. Papai ♥
Saat Melihatmu, Ku Jatuh Hati Padamu -2 Hati Menjadi Satu ♥












No comments:
Post a Comment