skip to main |
skip to sidebar
Suka Sekali Lagi !

Hye semua, apa khabar ? Alhamdulillah, aku sihat jew. Petang yang boring, no mcg , no chating box facebook, Haha, Why ? Hmm, nak mcg tapi budak cute tuh tade kredit pulak, na chat kat facebook boring, malas betol layan budak2 fb nie, sengal + koya :D Haha, gurau jew.
Erm, sebenarnya aku na cerita tentang Filem SEKALI LAGI . Pernah dengar tak ? Mestilahkan , aku jew ketinggalan zaman sangat. Cerita nie dah lama ditayangkan , 30 june 2011 . Mula-mula tengok dia punya iklan macam tak best jew sebab sam jadi budak yang terencat akal ! WAT THE FROG ! tahu aku cakap apa ' Budusnya cerita nie' ! haha , tapi semenjak dah tengok , OMK , sedih gila ! Aku baru tengok cerita nie kat rumah kawan mak aku, anak dia rapatlah dengan aku. Disebabkan masa tak cukup , aku tengok siket jewlah TAPI mampu buat aku menangis . Aku paling suka babak flash back zaman sekolah. Terkejut or may be terkedu kot bila tengok flash back tu , pencintaan yang sangat menariklah ! comel betol cik Lisa pakai baju sekolah :D
Bagi yang tak tengok lagi filem nie , tengoklah ea , banyak sangat pengajaran . Kat sini aku na cerita sinopsis dia jew ea . TENGOK KAT BAWAH NIE SYG !
SEkali lagi menceritakan tentang Arman (Shaheizy Sam) percaya bahawa dirinya merupakan seorang pengidap autisme. Namun realiti sebenarnya bakal berubah dalam sekelip mata, ketika dirinya semakin menghampiri hari perkahwinannya. Untuk sebab yang tidak diketahuinya, Arman mendapat mimpi yang menyuruhnya agar tidak meneruskan perkahwinan dengan Farina (Shasha Zurazie).Pada satu hari, Arman hampir menjadi mangsa ragut samseng. Mujurlah, Amy (Mia Sara Nasuha), telah menyelamatkan Arman.
Disebabkan kejadian itu Arman dan Amy berkawan rapat. Arman banyak berkongsi masalah dan pengalaman dengan Amy. Berdasarkan pengalaman hidupnya sendiri, Amy memberikan banyak idea dan nasihat kepada Arman. Secara beransur-ansur, Farina dan ibu Arman mula merasai perubahan Arman.
Dalam masa yang sama, ibu Amy sendiri, iaitu Shiela (Lisa Surihani), turut merasai perubahan yang berlaku pada Amy. Amy nampak lebih ceria berbanding dahulu. Shiela merasakan dirinya terhutang budi pada Haris (Bront Palarae), si duda baik hati, yang sanggup menjaga Amy ketika Shiela pergi bekerja sebagai kerani pada waktu siangnya.
Sebagai balasannya, Shiela akan membantu Haris membasuh pinggan mangkuk di warungnya selepas waktu kerjanya itu. Selama ini, Haris sememangnya jatuh hati pada Shiela, tetapi Shiela cuba berdalih kerana dia sendiri sedang terkurung dalam sejarah hitam yang tidak diketahui sesiapa, termasuk Haris. Amy amat menyukai Haris dan mahu Shiela bersetuju sahaja dengan perkahwinan itu. Demi anaknya itu, Shiela akhirnya bersetuju menerima lamaran Haris.
Segalanya sepatutnya menggembirakan, namun, dalam sekelip mata, hidup Shiela juga bagaikan berubah, apabila dia bertemu Amy bersama Arman.
CINTA ITU MILIK KITA ♥
#menyesal sangat cakap cerita nie cerita bodoh . HAHA , sorry ♥
Thanks Sudi Baca Entry Nie. I Love You
No comments:
Post a Comment