Haiya ! batuk ku sgt kritikal sekarang , nak blajar pun susah tadi , kali ni betul2 kritikal ! Anak tekak ku sgt gatal , rasa mcm nak keluarkan je ! haihh . Dah beratus juta ubat aku mkn tp tak sembuh2 jugak , mcm mne nie ? Jom usha-usha info ttg batuk nie , smbil tuhh boleh lah timba ilmu skali ;)
Pengenalan
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia
dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan
memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru
(pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak . Terdpt 2 jenis batuk iaitu batuk kering dan batuk basah :
Batuk kering
Batuk kering tidak menghasilkan kahak, biasanya dengan tekak gatal. Dada anda tidak merasa atau bunyi sesak.
Batuk basah
Batuk basah menghasilkan kahak, dada anda ketat atau berdetar-detar dan anda merasa sesak (saluran nafas dihadang dengan rembesan) dan tidak dapat bernafas. Ia batuk berguna, menolong untuk membersihkan rembasan lubang nafas. Warna dan bau kahak yang dibatukkan keluar dapat menjadi bukti penting pada sebab batuknya . Batuk mungkin hanya satu-satunya gejala anda. Perhatikan pada tanda-tanda kesakitan atau ketidakselesaan lain - seperti alergi, rasa sakit, berdehit . Dengan kemudahan untuk menggambarkan batuk anda akan menolong seorang doktor atau ahli farmasi untuk memilih rawatan yang terbaik untuk anda.
Sebab-sebab batuk !
• Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
• Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia,
tuberculosis)
• Alahan
• Asma
• Merokok
• Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
• Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
• Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux
disease (GERD)
• Rembesan cecair ke dalam tekak
Cara merawat !
• Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
• Rawatan di rumah membolehkan anda berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air
untuk mengelakkan kahak yang banyak.
• Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang
kering dan kerap.
* Apabila batuk kita pasti merasa kurang selesa lebih-lebih lagi jika ketika itu kita bersama seseorang atau berada di dalam bilik darjah . Orang lain sudah pasti akan meleretkan matanya melihat kita yang sedang batuk. Secara tradisionalnya terdapat beberapa cara untuk mengurangkan dan seterusnya menghilangkan batuk , jom tgk !
- Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.
- Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.
- Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari !
Wah , amacam ? dah faham kan ? sy pon dah hampir faham dan insyaAllah sy akan melakukan petua2 yg diatas supaya batuk sy nie tak berlarutan lagi ! bagi kwn2 yg batuk berlarutan tuh , cube lah petua2 nie ! insyaAllah , mencegah itu lebih baik dari merawat ! :)












No comments:
Post a Comment